Assalamualaikum...Ahlan Wasahlan....


Selamat Datang ke Laman Saya..Jom masuk...

Isnin, 24 November 2008

makna kejiranan.,

klu rafidah keep on saying tat sharizat mngkr janji,camtu la aku rasa kini...dah elok2 janji nak pindah sblh umah sbb renvtn alih2 x jadi plak..mcm ada je yg x kena.Aku mmg x phm tul ngan prangai se 1/2 jiran.apa lah nak sakit ati ngan aku,bkn aku bkn kaye mana,duit pn x byak mcm diorg,tapi yg sakit ati tu nape ek? tapi x pe la aku trima ni smua.seadanye..mgkn ada hikmah dsblknye..utk 3 bln ni pndah jauh skit x pe la janji selesa anak branak..

Rabu, 12 November 2008

SPM bermula..................

Pagi ni mcm biasa hantar anak2 ke sekolah...cuma pagi ni agak berlainan dgn hari2 biasa,Along akan menduduki peperiksaan pada hari pertama...kertas pertama BM 1&2 n Sejarah 1.Dari semalam nampak jugak Along mcm agak tak senang duduk....almaklum,esok tak kan sama seperti nak menjawab kertas trial.Esok bermula lah perjuangan sebenar-benarnya dalam menentukan tuju hala hidup masa depan.Sebagai parent,apa yg dapat aku lakukan hanyalah memberikan semangat dan dorongan supaya dia lebih yakin dengan dirinya sendiri...selain daripada berdoa ke hadrat Allah Taala supaya diberikan ketenangan kepada anak sulungku ini agar dia dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin dan sudah tentu doa dan harapan semua ibu untuk kejayaan yg cemerlang buat anak-anak yg dikasihi.
Perasan cemas tu sememangnya ada,dan itulah yg aku rasakan..tetapi aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Along kerana aku tahu dia akan mencuba sehabis baik dan dia telah berusaha kerana dia tahu inilah yg akan menentukan masa depannya...usaha sudah,doanya pun tak putus-putus dan kini tawakal kepada ketentuan Allah SWT.
Di sekolah............Pn.Yap membawa perkhabaran yg menggembirakan bagi segelintir rakan sejawat ku.Kenaikan pangkat DG41 ke DG44,DG44 ke DG48 dan DG 48 ke DG52.Rezeki belum berpihak kepadaku lagi..Aku belum lepas dalam tapisan pertama dari 44 ke 48...kerana sewaktu permohonan pertama aku belum lagi berpeluang menduduki peperiksaan PTK untuk DG44 sedangkan prasyarat yg lain aku yakin aku sudah memenuhi kouta yang diperlukan.Aku tak la frust menonggeng ke ape ke,cuma jauh di sudut hati ada gak rasa terkilan...la nak kata apa...rezeki belum ada setakat ni. Cuma aku dikehendaki mengisi semula borang permohonan kerana tapisan ke dua akan dibuat pada 15 haribulan ini.Pn.Yap menenangkan mereka yg belum mendapat kenaikan ini dgn mengatakan bahawa kouta di sekolah masih ada 4 lagi kekosongan,kerana sekolah akan mendahulukan staff2 yg layak dilantik.
Dari segi kelayakan,aku rasakan aku layak....sebab aku sudahpun menduduki peperiksaan PTK T3 pada bulan Mac 2008 dan aku sudahpun lulus,jadi kesemua syarat sudah aku penuhi.....cuma sabar menunggu rezeki dalam waktu terdekat ini...sebelum sesi baru bermula.Insya Allah kalau diizinkanNya..tak kan ke mana.......Walaupun ada harga yg terpaksa dibayar dengan kenaikan pangkat ini...setidak2nya aku boleh bergerak one step forward dan belajar sesuatu yang baru......dan sudah tentu imbuhan yang bakal diterima menggalakkan...beginilah sistem yg hanya merugikan org2 senior dan junior2 lah yg terasa nikmatnya apabila diberi peluang mengajar tingkatan 6.
Seingat aku sewaktu mula memegang kelas tingkatan 6,kelas ini sememangnya tidak diminati oleh guru dan mereka menggelak untuk mengajar di kelas2 tersebut.Ntah apa sebabnya kurang jelaslah pulak.Pada aku...enjoy jer,sebab mengajar budak2 besar ni kuranglah masalahnya kerana mereka dah matang.Mungkin agaknya subjek yg agak mencabar.Itu mmg aku tak nafikan,setahun dua mengajar sesuatu yg baru dan aku tak mahir memang menyeksakan dan perit sekali..aku terpaksa belajar mcm aku pulak yg nak ambil exam............bersengkang mata study lebih daripada pelajar.Tetapi segala kesakitan dulu telah dibayar kini...Dah 15 tahun di SPI dan mengajar subjek Pengajian Am serta berpengalaman sebagai pemeriksa hampir 10 tahun,tak kanlah aku tak menyumbang apa2.Sedihnya kalau tak dapat regonicition daripada pihak pentadbir.
Tapi rasanya Pn.Yap mcm berusaha untuk mengekalkan aku di sini..dan aku berharap sangat dia membuka mata dan hatinya untuk membantu aku dan beberapa rakan lain yg sama senior dgn aku dalam memenuhi kouta yang diperlukan dalam post DG44,sebab belum ada calon Melayu pun tersenarai setakat ini dalam kategori tersebut.......

Selasa, 11 November 2008

Sabtu, 8 November 2008

Berita Menyedihkan...

Dapat call daripada student..inthiran n praba...salah seorg pelajar aku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Khabarnya dia menunggang motorsikal dengan kawannya di Temiang...Tak dapat dipastikan sama ada dia si penunggangnya atau pun pembonceng...Karthikayen...Sedihlah jugak sebab budaknya baik,tak banyak karenah dalam kelas walaupun bukanlah seorang pelajar yang cemerlang,atau pun baik dalam akademik...tapi kalau setakat nak lulus dalam SPM nanti rasanya memang boleh..esp untuk subjek aku...Bahasa Melayu...patutla aku nampak sejak belakangan ni dia tak berapa ceria selepas deepavali..jarang nampak dia nak tidur dalam kelas.Tapi sehari dua dalam minggu lepas..dia agak penyenyap dan tidur dalam kelas.....Dah ajal,Tuhan nak ambil kita bukan kita tua atau muda...dah ajal..dan itu yang telah tersurat dalam perjanjian kita dengan Pencipta....Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada pelajar2 aku yang lainnya............

Jumaat, 31 Oktober 2008

Makan...makan...makan..makan...

Hari ni buat pot luck kat sekolah....contribution daripada guru-guru...hari ni aku masak rendang ngan nasi impit...biasalah nak hujung-hujung tahun ni...pesta makan la kat staffroom..makin gebu la lepas2 raya ni... tak sangka pn yap pun nak contribute gak...she ask kin yin gi beli roti canai sorang sekeping...memang tradisi sekolah mcm tu..cuma tahun ni tak sehebat pot luck tahun2 sudah..tahun ni byk sangat kontoversi..selera pun putus agaknya dan nak enjoy sangat pun mcm 'fake' jer...tapi sebenarnya tang bab2 makan ni boleh merapatkan interaksi...yg nak tunjuk skill masak tu bolehlah mencuba2..tapi bahayanyer kena'buli' lanh selalu...minta masak lagi...mana ada jalan mcm tu....

Di tepi pantai Tg.Bidara..Masjid Tanah



Suka tengok gambar ni...so sweet...tapi tak ingat tahun bila diambil.......................Angah,Kak Lang Kak Chik.Nabil dan cucu..Alia



Nabil masa kecik macam shaolin...

Rabu, 29 Oktober 2008

Jalan-jalan ke Jln Masjid India

Hari ni masih cuti..plan dengan adik yang satu kepala dengan aku...sapa lagi kalu bukan Rohiza...nak gi KL.Saja tukar angin.Dari Seremban naik komuter,tinggal kan kereta di setesen...sampai lebih kurang 11.30,turun di Bank Negara then jalan kaki ...mak aii penat gak,tau naik cab je.Tak pe la sesekali nak seksa badan..Lepas membasahkan tekak,terus gi Butik Ariani nak cari tudung,...kat luar nampak macam tak de orang,alih2 masuk je kat bahagian belakang,aku & rohiza terkedu melihat ramainye wanita2 yang ada kat situ mencuba2 tudung ala2 tudung munawwarah....Masing2 dah macam tak ingat lagi dah orang keliling....sarung,bukak,sarung,bukak....tak menang tangan,takut orang lain sambar dulu....Nak kata apa dalam keadaan macam tu,for sure saiz limited...kehabisan saiz!!!! Tercengang2 jugaklah tengok org berebut2....mcm harga murah..At last aku dan rohiza keluar dengan tangan kosong jela... Singgah plak kat gedung kain Jakel..syurga kain betul...rambang mata dibuatnya.Aku beli gak dua pasang untuk along dan diri sendiri...nak pakai masa Faizal kawin nanti..kain chiffon 2 tone..pakai ngan kain batik yg beli kat Warta masa raya yg belum ditempah2 lagi....



Kalau nak ronda satu Jakel,satu hari tak cukup, aku dan Rohiza tumpang solat kat surau Jakel..lepas solat terus keluar dari Jakel..dapat hidayah supaya tak teruskan explorace di Jakel...hahaha...boleh pokai lo....Syok gak sekali-sekala jalan2 kat Jalan Masjid India ini,mcm2 boleh jumpa...Perjalanan diteruskan ke Mid Valley...kali ni naik cab je,tak larat dah sebab penat dan lapar sebenarnya....saja tak makan sebab nak gi nando's...lama tak gi makan kat sana..kat seremban mana ada...Sampai je kat Mid,terus gi makan.....mak ai santak rasa perut,melantak air sampai 4 gelas...dah penat dan kekenyangan,tak ada mood nak window shopping kat Mid...lagipun dah agak lewat petang,tak nak bertembung ngan orang keluar offis,penuh sesak komuter nanti..Lebih kurang kul 5 ptg,balik,nasib baik gak komuter tak la ramai sangat orang,selesa gak....nampaknya lai kali boleh gi lagi nih....

Malam ada open house rumah kak long.......walaupun letih pegi jugak...org dah jemput tak baik tak pegi..alahai esok sekolah ker???????????????? selepas seminggu cuti deepavali,back to school again...work,work,work......

Selasa, 28 Oktober 2008

Me & My family




Acap...15 SMK Pendeta Zaaba




























Nabila (11) dan Nadhira (9) SK Puteri












Ummu....16,SMK KGV











Me and hubby (IPRM Lecturer)
















Si bongsu...Nabil (7),SK Tmn Paroi Jaya

































Me and hubby..Yaakob

Me & My Student







Keakraban pelajar Tingkatan 6 yang terjalin kerana sudah matang...memasuki fasa kedewasaan..meraikan birthday guru...












About Me


My ex-US4......

Isnin, 27 Oktober 2008

Nasib Seorang Guru.... Part 2

Dari perspektif seorang guru,memang saya tidak nafikan ada gelintir pendidik yang sudah terhakis jiwa pendidiknya,tapi seperti yang saya katakan tadi segelintir sahaja,hanya kes2 terpencil.Guru sebegini sebaiknya carilah kerjaya yang sesuai mengikut kehendak jiwa dan naluri.Ramai yang berupaya menjadi guru,tetapi berapa ramai yang berjiwa pendidik...Itu sebablah saya kurang bersetuju jika ada guru yang menyahut seruan kerajaan yang memanjangkan tempoh persaraan kepada 58 tahun(...uhhhh penat tu...larat lagi ke mengejar pelajar2 yang semakin agresif dan yang tah apa-apa lagi yang bakal mereka lakukan.....)hanya semata2 memikirkan tak tau apa yang nak akan dilakukan selepas berpencen kelak. Dah lah dengan pelbagai penyakit berangkai dihidapi...sudahnya guru-guru muda gak yang kena cover segala macam kerja yang tak larat mereka lakukan...
Kadangkala tergores hati apabila pelbagai tohmahan yang dilempar kepada guru...pedih juga telinga jika datangnya daripada kaum keluarga dan sanak saudara yang tidak berada dalam situasi yang dihadapi oleh seorang guru..tapi disebabkan nila setitik..rosak susu sebelanga..Pengalaman berdepan dengan seorang pelajar yang bermasalah beberapa tahun yang lalu benar2 menguji kesabaran...Pelajar bermasalah ini yang datang dalam pakej yang lengkap..malas,biadap,memang tak minat belajar,suka cakap lepas dan lucah...pokoknya saya tak nampak sedikitpun potensi dalam dirinya selain benda2 negatif dalam dirinya...hampir2 juga saya melemparkan kerusi ke arah pelajar berkenaan..tapi syukurlah saya masih lagi dapat bertahan dan berfikir rasional akan kesan dan akibat yang bakal saya tanggung. walaupun hati mendidih,Tuhan sahaja yang tahu.
Sehinggalah bapa pelajar ini dipanggil oleh pihak sekolah untuk membincangkan masalah disiplin anaknya.Wah!..lagak si bapa yang mempertahankan perlakuan si anak yang kononnya baik,anak bertuah dan sewaktu kelahirannya terdapat sesuatu keganjilan yang membuatkan si anak tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun,hatta kaum keluarganya.Tak kanlah perlakuan si anak yang bersikap biadapnya menanggalkan stokin busuknya dan menyuakan kepada guru Bahasa Inggerisnya sehingga guru berkenaan menangis diperlakukan begitu masih boleh dianggap sebagai satu gurauan???Keterlaluan tu...
Setelah menerima pelbagai komen daripada guru matapelajaran dan si anak pula dengan sikap biadapnya menyanggah setiap apa yang diperkatakan oleh guru dengan mengatakan guru2 sengaja nak mengenakannya..dan Tuhan tunjukkan kebenaran...Keesokan harinya si bapa datang semula ke sekolah untuk mengeluarkan anaknya dari sekolah...Lega...hilang duri dalam daging ...Saya rasa golongan pendidik dari seluruh pelosok negara tak kurang hebatnya dengan pengalaman2 yang menyesakkan dada....tapi kita terima sebagai satu dugaan dan cabaran dengan sabar atau tidak sekalipun demi memanusiakan mereka.
Daripada perspektif,sebagai ibu,bapa atau penjaga...kekadang perit juga nak menerima tindakan sesetengah guru yang terlalu perasan tindakan mereka sahaja yang betul,sehingga tidak mahu berkompromi dengan anak2.Nak kata mereka salah...seolah2 menikam profesion diri sendiri pulak.Nak kata betul...memanglah tak betul..anak2 akan mempunyai satu persepsi yang serong terhadap tindakan orang dewasa.Apatah lagi kepada guru ,orang yang sepatutnya diberikan kepercayaan terhadap segala kerahsiaan...tetapi guru tak boleh nak berkompromi dengan jiwa remaja zaman sekarang..memang kita tak boleh samakan zaman kita sebagai pelajar dengan zaman anak2 kita sekarang..Jadi carilah ruang supaya 'generation gap' ini dapat kita rapatkan..Saya mengingatkan diri saya sendiri kerana saya selalu bertanya bagaimanakah pelajar akan mengiktirafkan seorang guru yang baik....kerana kepada saya,bukan teknik2 canggih atau juga luas pengetahuan yang menjadi modal dan sandaran..malah tuntutannya lebih daripada itu.....


Nasib Seorang Guru...... Part 1

Berita pelajar didera guru,sesuatu yang biasa kita baca,kita dengar sama ada daripada sumber-sumber sahih seperti yang sering terpapar di dada akhbar atau juga yang diuar-uarkan di kaca televisyen.Sumber-sumber inilah yang kadang kala menghukum para pendidik dan dikecam maha hebat daripada masyarakat di luar sana.Tapi seramai mana pula yang pernah melihat dengan mata kepala sendiri apa yang sebenar2 terjadi dalam sesebuah institusi sekolah??

Bukan tidak ada kejadian kes yang akhirnya didapati ada unsur2 penganiayaan kepada para pendidik,malah bermula pula episod serang balas apabila guru pula yang menyaman ibu bapa yang membuat tuduhan palsu...walaupun berat hati melakukan demikian,tetapi demi maruah yang tercalar ibu bapa sebegini perlu diberikan pengajaran...

Berita yang tersiar baru2 ini....sebenarnya ini bukanlah yang pertama..kejadian kes pelajar perempuan menendang gurunya sendiri.Sememangnya kita tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar tentang apa yang berlaku,kerana hal-hal sebegini tidak sewenang2nya akan didedahkan.Oleh sebab itu masyarakat di luar sana hanya mengetahui secara luaran sahaja,malah menutup mata dengan apa yang berlaku seolah2 menghalalkan apa yang dilakukan oleh anak2 mereka.

Sebagai seorang guru juga ibu kepada anak2 yang masih di bangku sekolah,saya melihat keadaan ini daripada perspektif yang berlainan tetapi konklusinya tetap berpaksikan kepada sesuatu yang rasional kepada kedua-dua belah pihak.